Thursday, July 9, 2009

MODEL MPT60 - muatan 60 biji telur ayam

Model ini adalah forced-air incubator dari jenis manual iaitu telur perlu dipusing dengan tangan 3 kali dalam sehari ( pagi, ptg dan malam ).
Muatan mesin ini adalah 60 biji telur ayam kampung bersaiz sederhana. Komponen dalaman yang terdapat dalam mesin ini adalah termostat dengan ketepatan 2 darjah Celcius, kipas penghembus, lampu bulat 25 watt, suis, takung air dan termometer alkohol.
Badan penetas telur / incubator dibuat daripada plastik yang sudah tentunya tahan lama, kukuh dan ringan disaluti dengan kepingan karpet untuk memerangkap haba dengan berkesan.
Harga bagi model MPT60 adalah RM450 di mana penghantaran adalah percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia ( utk pelanggan Sabah dan Sarawak sila sms en. nizam di 012-5245002 utk kos penghantaran )

Pembekal Mesin Penetas Telur Mini di Malaysia

Saya membekalkan mesin penetas telur mini ke seluruh Malaysia menggunakan khidmat courier termasuk ke Sabah dan Sarawak. Setakat ini saya telah membekal lebih 100 buah mesin penetas telur mini. Kapasiti mesin adalah dari 60 - 90 biji telur ayam kampung bergantung kepada model. Mesin Penetas Telur Mini ini adalah sesuai untuk penternak kecil-kecilan yang serius dalam aktiviti penternakan.

Penggunaan mesin penetas telur mini dapat mengurangkan masa menunggu penetasan dan memudahkan pengurusan ternakan.

Sila rujuk jenis model beserta keterangan pada ruangan di bawah.